[VIDEO] Tak Hormat Langsung! Pemandu Hon Tanpa Henti Dari Awal Sampai Selesai Solat Jumaat Cetus Kemarahan Orang Ramai



Setiap hari Jumaat umat Islam terutama kaum lelaki akan berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan kewajipan tersebut. Ianya sudah maklum bahawa jalan sekitar ke masjid-masjid akan sesak kerana jumlah orang yang datang adalah ramai. Namun terdapat segelintir manusia yang masih tidak faham akan keadaan berikut.

Terbaru, satu video yang sedang tular di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki memukul pemandu kereta jenis Toyota Camry secara beramai-ramai di Johor Bahru.

Sebelum itu, dikatakan pemandu tersebut telah membunyikan hon tanpa henti sehingga mengganggu para jemaah di dalam masjid dari mula sehinggalah solat Jumaat selesai.

Menurut orang ramai yang berada di kawasan tersebut, tindakan pemandu kereta tersebut dipercayai gara-gara tersangkut dan tidak dapat melalui kawasan berkenaan kerana dihalang beberapa kenderaan yang diletakkan sekitar kawasan masjid.

Sekumpulan lelaki yang berang dengan tindakan pemandu tersebut yang dilihat sebagai tidak menghormati sensitivi agama lain bertindak menyerbu kereta berkenaan. Pemandu tersebut bertindak untuk melarikan diri sehingga hampir melanggar orang ramai.


Tindakan itu menambah kemarahan orang ramai sehingga mereka menyerang kereta tersebut. Dilihat beberapa kali juga kereta tersebut hampir melanggar orang yang berada di sekeliling tempat kejadian.

Pemandu tersebut tidak berjaya akibat jalan yang terhalang dan orang ramai bertindak menyerang dan memecahkan cermin kereta tersebut dan membelasah teruk pemandu tersebut.

Ahli jemaah Masjid Austin Perdana telah membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Setia Indah. Punca kejadian masih belum dapat disahkan.
Share to Facebook

0 Response to "[VIDEO] Tak Hormat Langsung! Pemandu Hon Tanpa Henti Dari Awal Sampai Selesai Solat Jumaat Cetus Kemarahan Orang Ramai"

Post a Comment