BEIJING, CHINA - Viral video di media sosial China seorang ibu yang berang memukul dua guru tadika yang didapati mengasari anaknya, lapor Shanghaiist.
Difahamkan, salah seorang kanak-kanak yang dihantar ke tadika swasta dengan bayaran mahal setiap bulan mengadu kepada ibunya bahawa dia dipukul oleh guru tadika. Tanpa banyak bicara, ibu kanak-kanak berkenaan terus datang ke tadika itu dan meminta untuk ditunjukkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Berdasarkan rakaman CCTV mendapati, dua guru wanita dirakam mencampak seorang kanak-kanak ke atas katil dan menyepak kerusi beberapa murid yang masih duduk ketika seorang guru sedang melakukan aktiviti 'senaman' bersama beberapa murid yang lain.
0 Response to " (Video) Ibu yang berang belasah dua guru tadika yang didapati mengasari anaknya tanpa belas kasihan "
Post a Comment