PELAJAR JELITA 19 TAHUN JADI MANGSA POLIS (Gambar-Gambar)




PELAJAR JELITA 19 TAHUN JADI MANGSA POLIS | Seorang pelajar perempuan berumur 19 tahun melalui detik hitam dalam hidupnya apabila dia bukan sahaja diperas ugut oleh dua orang pegawai polis, malah turut perlu membiarkan diri dinodai oleh pegawai tersebut.

Kejadian ini bermula apabila, dia dan teman lelakinya telah ditahan oleh dua orang pegawai polis ketika berasmara dan dibawa oleh pegawai tersebut ke balai dengan menaiki kereta polis tersebut. Ketika di dalam kereta, pegawai berkenaan menyuruh pelajar tersebut membayar sebanyak rm2000 untuk dilepaskan oleh mereka.

Setelah bersetuju untuk membayar rasuah tersebut, pelajar berkenaan dan teman lelakinya telah diturunkan di tepi jalan selepas maklumat tentang pelajar dan teman lelakinya diambil oleh pegawai tersebut.

Selang beberapa hari, pelajar tersebut mendakwa telah dihubungi oleh salah seorang pegawai polis tadi dan mengambilnya di asrama sebelum membawa ke sebuah pusat beli belah. Ketika di dalam perjalanan, pelajar tersebut dipaksa untuk melakukan oral s3ks oleh pegawai polis tersebut.

Di pusat beli belah, dia sekali lagi dipaksa merelakan diri untuk diperk0sa oleh pegawai tersebut di dalam tandas pusat beli belah tersebut. Dia sering kali diugut akan dibawa ke balai sekiranya tidak mengikuti apa jua arahan daripada pegawai tersebut.

Walau bagaimanapun, perkara ini tidak berakhir di situ, sehingga minggu lalu pegawai tersebut terus menghubunginya mengajak melakukan hubungan s3ks. Pelajar tersebut akhirnya membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim mengesahkan perkara tersebut. Beliau memaklumkan dua pegawai yang terbabit telah pun ditangkap dan siasatan kes akan dijalankan.
Share to Facebook

0 Response to "PELAJAR JELITA 19 TAHUN JADI MANGSA POLIS (Gambar-Gambar)"

Post a Comment