(Video) Saya Panjat Tingkap Nampak Budak Tanpa Pakaian Terbaring Menangis Atas Lantai - Ketua Kampung


Tampin: Semalam negara digemparkan sekali lagi dengan berita penemuan kanak-kanak terbiar ditinggalkan oleh ibu sendiri dalam keadaan tidak terurus dan kotor berseorang di dalam rumah.

Kisah berkenaan mendapat simpati ramai dan ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan ibu kanak-kanak tiga tahun tersebut yang meninggalkan anaknya berseorangan kelaparan sebelum kelibatnya kanak-kanak itu disedari orang kampung selepas terdengar suara kanak-kanak menangis.

BACA: Bunyi Tangisan Kuat Bawa Penemuan Kanak-Kanak Tiga Tahun Ditinggalkan Seorang Diri Dalam Rumah

Menurut Ketua Kampung Kampung Parit Buluh, Mohd Dom Md Amin, 57, beliau telah pergi ke rumah berkenaan selepas ada jirannya mengadu terdengar tangisan kanak-kanak membuatkan dia berasa curiga lalu membuat laporan di Balai Polis Air Kuning Selatan.

“Saya panjat tingkap untuk masuk dan melihat budak itu terbaring atas lantai dalam keadaan bogel,” kata dipetik lpaoran Harian Metro.


Menurutnya, kanak-kanak itu berada dalam sebuah bilik gelap selepas dia bersama anggota polis membuat pemeriksaan pada 12.45 tengah malam.

"Budak itu ditemui dalam keadaan kelaparan dan kesejukan. Saya memberinya makan roti, pisang dan minuman. Pegawai perubatan yang tiba membersihkan badannya sebelum dibawa ke Hospital Tampin untuk rawatan.

"Kami tidak tahu kewujudan budak itu kerana ibunya tidak pernah membawanya keluar dari rumah," katanya lagi.



Difahamkan, ibu mangsa meninggalkan budak itu di rumah untuk pulang ke kampung di FELDA Jelai bersama dua lagi anak lelakinya berusia 13 dan 14 tahun, untuk menjaga ibu yang sakit.

Mangsa kini akan diserahkan kepada datuknya untuk jagaan sementara selepas keluar hospital.

Berdasarkan rawatan awal, mangsa tidak mempunyai kecederaan fizikal, namun Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan memantaunya sehingga kes selesai.


Beliau yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, ibu mangsa adalah penerima bantuan RM300 sebulan dan bantuan itu akan dipindahkan kepada datuk yang akan menjaga mangsa selepas ini.

Kes akan disiasat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001. 
Share to Facebook

0 Response to "(Video) Saya Panjat Tingkap Nampak Budak Tanpa Pakaian Terbaring Menangis Atas Lantai - Ketua Kampung"

Post a Comment