Buaya Berjaya Ditangkap di Penampang


Buaya Berjaya Ditangkap di Penampang

Kota Kinabalu: Seekor buaya berukuran 3.2 meter berjaya ditangkap Unit Penyelamat Hidupan Liar di Sungai Togop, Penampang, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, tangkapan dilakukan susulan laporan yang diterima daripada penduduk yang mengesan buaya terbabit ada di sungai berkenaan.
“Sebaik menerima laporan itu, saya segera mengarahkan Unit Penyelamat Hidupan Liar melakukan siasatan dan seterusnya memasang perangkap untuk menangkap buaya berkenaan.
“Pagi tadi, Unit Penyelamat Hidupan Liar memaklumkan pada saya bahawa mereka berjaya menangkap buaya berukuran 3.2 meter dan ini adalah buaya terbesar yang pernah ditangkap di Penampang ,” katanya dalam kenyataan medianya tadi.
Terdahulu, buaya yang digelar ‘Olog-Olog’ oleh penduduk kampung akan disimpan sementara waktu di Pusat Penempatan dan Penyelamat Hidupan Liar Taman Hidupan Liar Lok Kawi sebelum dilepaskan di kawasan terpencil jauh dari penempatan manusia.
Share to Facebook

0 Response to "Buaya Berjaya Ditangkap di Penampang"

Post a Comment