VIRAL VIDEO PEREMPUAN CANTIK MENGAMUK, SEKADAR TAKTIK NAK LARISKAN PRODUK

Dulu kecoh perempuan montel rakam video kononnya buat laporan polis sebab dia beli krim pelansing ni tapi bila dia pakai tak panas so dia tak puas hati. Katanya kalau tak panas macam mana nak bakar lemak dia.. Walhal memang produk tu dah mention awal2 bahawasanya krim tu memang tak panas tapi mampu melansingkan badan. Siap sebut nama produk banyak kali.. Akhirnya orang dapat detect itu cuma strategi marketing untuk memviralkan produk tu supaya orang tahu & beli.



Ok habis cerita terobek tu.. Ni yang terbaru. Kali ni tak guna minah montel tapi guna perempuan cantik,langsing putih gebu yang stylo milo macam retis datang serang satu kedai jual produk. Konon dia tak puas hati dengan produk yang mula2 katanya dapat menyembuhkan penyakit kencing manis mak dia..  tapi bila dia check kencing manis mak dia kat hospital katanya dari 15 turun ke 10. Dia tak puas hati sebab turun 5 jer (kat situ sebenarnya dia nak bagitahu produk tu berjaya turunkan level kencing manis mak dia).. Lepas tu dalam video tu tak tunjuk langsung muka orang yang dia maki. Kalau betul dia nak viral confirm la dia tunjuk muka orang yang jual & consult dia pasal produk tu. Confirm dia nak highlight orang yang kononnya menipu dia, ye dak? Ni tak dia video tu hanya fokus kat muka dia & produk tu.. Kat situ nampak sangat la.. saja buat video supaya jadi kontroversi seterusnya akan viral.

Muka cantik tapi marketing tak cantik sangat walau berkesan untuk di viralkan. Cuma orang yang percaya akan maki balik dia la.. hahaha

Alah.. trick sampah la cik kak Ooi.. Orang baru kenal media sosial mungkin terpedaya & percaya la kau betul2 tak puas hati dengan produk tu. Tapi bagi blogger macam den.. Memang selalu mengikuti perkembangan semasa di media sosial ni, nampak 'drama sangat' tau!! Trick2 macam tu kami dah tak terpedaya la. Kalau produk tu betul2 berkesan tak perlu kot nak guna taktik2 drama sangat yang nampak murahan macam tu. Tu kategori menipu jugak tu. Kalau tak tau macam mana nak perkenalkan produk hang tu meh sini bagi blogger buat review secara berjemaah. Kalau minat email je kat den lekatlekitgurl@yahoo.com.

Takpe la.. nampak berbakat jugak dia dalam lakonan hope Mejar David Teo ambil dia berlakon dalam filem seram akan datang. Sebab dia dah ada pakej yang David Teo nak.. cantik.. seksi & boleh berlakon tu sebagai bonus la kan.. hehehehe... Bagi watak hantu pun sesuai nampak garang tu sesuai jugak jadi hantu.



P/S : Nak tonton video perempuan ni mengamuk tengok kat SINI
Share to Facebook

0 Response to "VIRAL VIDEO PEREMPUAN CANTIK MENGAMUK, SEKADAR TAKTIK NAK LARISKAN PRODUK"

Post a Comment