Selepas pemergian Gary, kini tiba giliran Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook pula untuk menamatkan penampilan mereka di Running Man. Ji Hyo dan Jong Kook telah mengesahkan bahawa mereka bakal meninggalkan Running Man. Namun tarikh akhir kemunculan mereka masih belum ditentukan. Sebelum ini, peminat Running Man telah dikejutkan dengan pemergian Gary yang mahu menumpukan perhatian kepada kerjaya muziknya.
Berita sedih ini telah disahkan oleh kedua-dua agensi yang menjaga Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Kemungkinan besar pada tahun hadapan, Running Man akan muncul dengan beberapa wajah baru. Desas-desus menyatakan bahawa Kang Ho Dong bakal menjadi ahli Running Man yang baru.
Nampaknya selepas 6 tahun bersama-sama, ahli kumpulan Running Man kini telah mula membawa haluan masing-masing. Tidak semua benda akan kekal abadi buat selamanya, lebih-lebih lagi program hiburan seperti Running Man. Pasti ramai yang bersedih dengan berita ini. Namun itulah kehidupan. Good luck and all the best untuk Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook. Terima kasih kerana menghiburkan kami selama ini.
0 Response to "Song Ji Hyo & Kim Jong Kook Bakal Tinggalkan Running Man"
Post a Comment