'Rakaman, Gambar Klimak Anina': Cubaan Bunuh Sesama Sendiri?



Umpama tsunami melanda Langkawi, 'terbalik kuang' semua sekali apa yang pernah di luahkan selama ini kononnya pejuang rakyat, kononnya pejuang kebenaran dan pelbagai nama lagi. Dan yang pasti ianya satu pembohongan dan bukannya perjuangan seperti yang dilaungkan.

Apa yang tular atau viral dalam sehari dua ini berhubung kebocoran 'perbualan' berahi di dalam aplikasi internet, whatsApp, kononnya individu yang dimaksudkan itu adalah Anina Saadudin dengan pasangannya telah menyebabkan gelora sesama penganut parti PPBM. Baca di SINI.

Gelora kerana jawatan Anina bukan sekadar ahli biasa. Anina Saadudin adalah bertaraf ketua wanita pusat bagi parti milik Mahathir dan anaknya Mukhriz. Nama jawatan "Serikandi" hanyalah untuk menjarakkan supaya nampak berbeza dengan nama jawatan di dalam UMNO. Kalau ini berlaku kepada ahli biasa atau penyokong maka gegarannya tidaklah sampai kepada "4 skala Richter".


Melalui sumber yang mendedahkan skandal mega penutup tahun 2016, Kamikazenews :

Dalam masa sama satu sebaran whatsapp berkaitan usaha BOIKOT dan ANTI Ketua Srikandi PPBM Anina Saadudin yang dikatakan telah menjanda sejak 2014 tapi berperangai menyerupai jalang turut viral dalam media sosial dipercayai kumpulan PPBM yang anti dengan Anina.
Kalau diteliti apa yang tertera di sumber, ianya bukan sahaja pendedahan dari kumpulan politik yang sama malah lebih dari itu, wujud penolakan yang serius terhadap Anina. Lagi pun parti milik Mahathir ini baru saja melepasi tahap pendaftaran dan individu yang diberi jawatan hanyalah melalui proses 'lantikan jawatan percuma'. Dengan kata lain mereka tidak lalui sebuah pertandingan untuk perlihatkan aura dan pengaruh di dalam sesebuah parti politik.

Anina sebelum ini juga dikatakan kalah di pertandingan merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Langkawi. Maknanya beliau tidak mempunyai pengaruh walaupun di peringkat bahagian yang hanya berjumlah sekitar tidak lebih dari 1000 orang perwakilan. Bagaimana beliau mampu harungi jawatan yang bertaraf nasional atau pusat kalau di kawasan sendiri pun beliau ditolak mentah-mentah?

Walaupun Anina sudah membuat penjelasan penafian dan mengambil masa yang lama untuk nafikannya, apakah ianya cukup menafikan tanpa berusaha untuk membuktikan diri tidak bersalah atau pun diri sudah difitnah? Anina wajar membuat laporan polis dan SKMM, biarkan agensi ini menyiasat ketulenan video atau rakaman suara dan gambar berahi yang kononnya si pelaku adalah diri Anina sendiri sekiranya ada. Dari situ Anina boleh menyaman pihak yang memfitnah beliau.

Lupakah Anina apabila beliau membawa ke mahkamah isu 1MDB? Adakah maruah diri lebih rendah dari nilai isu 1MDB? Kemana hilangnya Anina yang garang ketika menyerang PM Najib tanpa henti dan kononnya mempunyai pelbagai bukti dalam isu dana politik yang diterima presiden UMNO? Adakah tindakan Anina tempohari hanya sekadar lakonan untuk mencari nama setelah tidak laku di dalam UMNO? Atau ada 'penaja' yang membayar sejumlah wang kepada pensyarah ini? Kolej atau universiti mana yang ambil dia sebagai pensyarah?

Kelakar jugakan, dari garang macam rimau betina ketika menyerang PM Najib, tiba-tiba menjadi tikus pondan yang sembunyi dalam jamban tidak berpintu, hanyir dan hancing!

Penafian Anina tidak lebih seperti sebuah ucapan perasmian mesyuarat cawangan dan bukannya satu penafian yang kuat untuk membersihkan diri dari isu skandal seks ini.

Kalau dibaca dari sumber, Kamikazenews, kemungkinan akan ada pendedahan dan mereka mengatakan akan menyiarkan video atau rakaman suara atau 'gambar-gambar aksi' sebagai bukti bahawa sipelaku adalah Anina. Tidakkah ini perlu dinafikan seawal yang mungkin oleh Anina dan bukannya mencoret sebuah warkah kononnya itulah surat rasmi penafian yang tidak ada aura penafian langsung?

Cukupkah cerita anak murid datang ucapkan tahniah sebegini mampu menjawab fitnah skandal seks yang melanda?:-

Skandal seks yang dikaitkan dengan saya adalah salah satu lumrah dalam kehidupan ahli politik Malaysia. Saya didatangi seorang anak murid dan mengucapkan tahniah kepada saya. Saya tanyakan kenapa? Beliau menjawab "sekarang pensyarah saya telah sah menjadi ahli politik Malaysia kerana sudah dipalit skandal seks. Sabarlah kerana jika kita hendak mencuci jamban, sudah pastilah kita perlu terkena kotorannya juga. Jika tidak bagaimana nak cuci jamban". - penjelasan rasmi Anina. BACA di SINI.
Tidak perlulah mengunakan alasan orang UMNO suka jadikan cerita skandal seks pemimpin pembangkang sebagai peluru. Ianya bukan isu suka atau tidak suka, ianya isu bahawa sebagai pemimpin parti yang sibuk 'menjual nama demi rakyat" dan kononnya bersih segalanya. Rupanya najis bertaburan terseret merata-rata. Perlu didedahkan agar rakyat tidak tertipu.

Dalam kes ini, UMNO bukan lagi boleh jadi 'penyelamat' kerana UMNO tidak terlibat dengan isu skandal ini, yang mendedahkannya pun dikatakan datang dari lubuk yang sama. Isn't it?

Sehingga saat ini, Mahathir hanya membisu dan Anina bakal berjuang berseoranga untuk bersihkan namanya. Segerakanlah Anina. Dedahkan siapa yang cuba hancurkan nama anda!

Foto dari sumber:



Tidak cukup itu beberapa gambar dan rakaman suara Anina juga disebar dalam media sosial. Katanya transkrip original perbualan seks Anina itu bakal tersebar meluas tidak lama lagi. - sumber.
PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blog Kamikazenews dengan tajuk asal Benarkah Anina terlibat dengan Skandal 4 kali pancut?. Pihak kami berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel yang mengabil dari sumber tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.
Share to Facebook

0 Response to "'Rakaman, Gambar Klimak Anina': Cubaan Bunuh Sesama Sendiri?"

Post a Comment