Isteri pakai buang.
Selepas bersalin adalah dimana sang suami akan nampak sifat dan sikap sebenar siapa isterinya.
Tetapi ramai tak tahu bagaimana keadaan isteri selepas bersalin adalah gambaran bagaimana suami tu jaga isteri dalam pantang.
Jangan pandai merungut isteri tak cergas, isteri lembik, isteri pemalas, isteri gemuk, isteri tak pandai jaga anu, bla...bla....bla..... selepas bersalin.
Cuba tanya diri
Anda beri isteri rehat secukupnya tak masa berpantang?
Anda beri peruntukan untuk isteri membeli ubat dan menempah tukang urut tak?
Anda ringankan beban kerja rumah isteri tak masa berpantang?
Masalahnya zaman sekarang ramai kaum lelaki yang sudah bergelar suami menyelar amalan berpantang selepas bersalin.
Outdated katanya.
Kolot.
Syirik!!!
Wah3......
Bila si isteri dah dapat penyakit akibat tidak berpantang elok2, disebabkan nak taat dengan perintah anda agar tidak berpantang....mengapa hanya pandai merungut?
Kemudian tempat lampisan luahan hati "suami yang teraniya" ni pula ditujukan pada kaum perempuan yang teman tapi mesra.
Dan perempuan tu pula yang tak pernah bersuami dan beranak, heboh mencanang mengapa si lelaki ni bermain kayu tiga. Alasan...isteri tak pandai jaga suami.
0 Response to "'PANDAI JOLOK, PANDAI LA TANGGUNG' INGAT TU WAHAI SUAMI SEKELIAN ALAM."
Post a Comment