Seorang pengurus butik membuat laporan polis di Balai Polis Parit Raja di Batu Pahat, Johor, semalam, selepas mendakwa empat wanita mencuri barangan di kedainya dengan memasukkan barang curian dalam pakaian dalam mereka hingga menyebabkan mangsa kerugian lebih RM500.
Pengurus butik, Jalina Othman, 50, berkata kejadian hanya disedari sehari selepas kejadian itu apabila pekerjanya memeriksa stok barangan.
Menurutnya, selepas meneliti kamera litar tertutup (CCTV) selama dua hari, akhirnya semalam, beliau menemui rakaman tiga daripada wanita itu memasukkan barang curi ke dalam pakaian dalam dan beg tangan mereka.
Pihak polis kini telah mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti kesemua suspek terbabit.
Gambar dan video rakaman CCTV berkenaan kejadian kecurian di butik berkenaan, menjadi viral di media sosial sejak semalam.
0 Response to "Panas!! 4 Gadis cantik diburu gara-gara mencuri pakaian dalam"
Post a Comment