Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mohd
Nashir Ya berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 33 dan 36 tahun itu
ditahan sebaik saja mereka menyerah diri di Balai Polis Kepala Batas,
jam 9 malam.
Polis juga turut merampas sepucuk pistol jenis Revolver bersama lima butir peluru dari seorang daripada suspek berkenaan.
Dalam kejadian pada 21 Oktober lalu, suspek disyaki membawa keluar dua
wanita berusia 30’an tanpa kebenaran suami wanita terbabit untuk
beberapa hari.
“Perkara itu akhirnya diketahui oleh suami wanita terbabit yang
bertindak memintas kenderaan suspek di hadapan restoran di Jalan
Sultanah Bahiyah, kira-kira jam 2 petang sebelum berlaku pertikaian dan
pergaduhan di antara suspek dengan suami kepada wanita berkenaan.
“Seorang daripada suspek kemudian mengeluarkan pistol dan mengacukan ke arah suami,” katanya.
Orang awam yang menyaksikan kejadian itu kemudian bertindak membantu suami wanita itu untuk menenangkan keadaan.
Siasatan awal polis mendapati, lelaki berkenaan adalah kakitangan
Bahagian Kawal Selia yang berkhidmat dengan sebuah syarikat GLC.
Suspek kini direman sehingga 27 Oktober dan kes disiasat dibawah Seksyen
506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Kredit:-Harian
Metro
Video Kejadian:-
0 Response to "[VIDEO] VIRAL Bawa Keluar Bini Orang Tanpa Pengetahuan Suami. Dah Kantoi Acukan Pistol Pulak !!! "
Post a Comment