KOTA
BHARU - Seorang bakal bapa dihukum penjara 18 tahun dan enam sebatan
oleh mahkamah sesyen, di sini, hari ini, selepas didapati bersalah
merogol adik rakannya dalam sebuah kereta, dua tahun lalu.
Tertuduh,
Muhammad Faris Putera Jafperi, 21, didakwa merogol mangsa yang ketika
itu berusia 15 tahun tujuh bulan dalam sebuah kereta jenis Proton Satria
berwarna kuning di tempat letak kereta di Bandar Satelit Pasir Tumboh,
di sini, pada jam 4.15 pagi, 2 Februari 2014.
Hukuman diputuskan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang
memperuntukkan hukuman penjara yang boleh sampai 20 tahun dan boleh juga
dikenakan sebatan.
Hukuman terhadap tertuduh diputuskan Hakim, Adli Abd Ghalib selepas tertuduh didapati bersalah di akhir kes pembelaan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias,
manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Zubairi Salleh dan Latifah
Ariffin.
0 Response to "Rogol adik rakan dalam kereta "
Post a Comment