
Seorang
anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang sedang menjalankan
operasi maut selepas digilis treler, berhampiran Plaza Tol Setia Alam,
kira-kira jam 1 tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamad, berkata
mangsa, Mohd Ridzuan Yusoff, 32, mati di tempat kejadian.
Katanya, kejadian berlaku selepas mangsa yang berasal dari Melaka itu
selesai memeriksa lesen seorang pemandu kontena sebelum dilanggar treler
terbabit.
“Dalam operasi ini, mangsa bertugas dengan tiga lagi rakan lain, tetapi
semua rakannya itu berada kira-kira 30 meter dari tempatnya berdiri.
“Kita percaya pemandu treler itu tidak perasan mangsa berada di hadapan
kenderaannya kerana pemandu itu memandang ke arah kanan bagi meneruskan
perjalanan selepas selesai menggunakan telefon bimbit,” katanya ketika
ditemui di lokasi kejadian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Pemandu treler sudah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.
0 Response to "[7 Foto] Anggota JPJ Berkecai Kepala Pecah Digilis Dan Diseret Treler Ketika Operasi "
Post a Comment