Selepas Mengaku Biseksual, Bercium Pula di Khalayak

Setelah mencuri perhatian dengan pengakuan dirinya seorang biseksual, kehidupan peribadi bekas bintang Disney, Bella Thorne, sekali lagi menjadi bualan hangat ramai.

Terbaharu, pelakon filem Perfect High ini khabarnya sudah bertemu kekasih baharu selepas hubungan cintanya dengan Gregg Sulkin putus.

Memetik laporan Daily Mail, gadis berusia 18 tahun ini kini menjalin hubungan dengan aktor Tyler Posey. Khabarnya, sejak kebelakangan ini keintiman Bella dan pelakon Teen Wolf ini sering kali dirakamkan lensa paparazi.

Malah pasangan ini dikatakan keluar bersiar-siar di Los Angeles dan bercumbuan di khalayak ramai.

Spekulasi mengatakan pasangan ini sedang asyik dilamun cinta semkin kukuh apabila lensa paparazzi merakamkan aksi kemesraan mereka.

Namun ketika itu, lokasinya bukan di restoran mewah atau tempat hiburan, sebaliknya pasangan ini dirakam keluar dari sebuah kedai elektronik di Los Angeles. Mereka dilihat membeli sebuah televisyen.
Share to Facebook

0 Response to "Selepas Mengaku Biseksual, Bercium Pula di Khalayak"

Post a Comment