
Beberapa hari lalu tular di media sosial mengenai kebersihan longkang di Jepun, sehinggakan ikan koi pun boleh hidup di dalam longkang tersebut, dengan keadaan airnya yang sangat jernih.
Jika diikutkan, mana mungkin longkang boleh sejernih, dan sebersih itu, kerana longkang sering dijadikan tempat pembuangan air kotor, seperti pembersihan sisa makanan, atau lebihan air minuman.
Tapi, dengan sistem yang diamalkan di Jepun, ia berjaya mengekalkan kebersihan longkang tersebut. Bagaimanakah ianya boleh terjadi? Menurut perkongsian dari laman saudara Kamarul Ilmar in Shimane, sistem paip air kumbahan inilah yang menjadi punca air longkang di beberapa kawasan menjadi bersih. Mari kita ikuti perkongsian darinya.

“Kisah Geisuido”
Dua tahun sebelum berpindah balik ke Malaysia, saya diarahkan untuk mengendalikan projek pemasangan paip sisa kumbahan dari rumah penduduk awam.
Ini adalah pengalaman baru bagi saya. Sebelum ini saya lebih difokuskan kepada kerja-kerja pembinaan infrastruktur seperti pembinaan Jambatan, Jalanraya dan kerja-kerja pembaikan tebing sungai sahaja.
Saya bertanya kepada Senior Engineer saya, apa tujuan pasang paip kumbahan ini. Beliau menyatakan, kalau di bandar-bandar besar Sistem ‘下水道’ (Gesuido = Paip Air Kumbahan) ini telah lama dilaksanakan. Cuma sejak akhir-akhir ini sahaja, baru difokuskan ke kawasan luar bandar.
“Macam mana sistem dia ni Senpai (Senior)?”….
“Dulu di kampung-kampung mereka hanya ada tangki kumbahan sahaja, tiap kali tangki penuh mereka panggil lori pam datang sedut. Ko kena paham air kumbahan ni bukan sahaja sisa manusia, tu semua air basuh baju, bilik mandi, dapur semua tu masuk tangki tu…. Sanggup ke ko nak buat kerja ni?”
“ No hal la senpai... Looo…. Ingatkan tangki tu untuk ‘sisa manusia je’..”

0 Response to "Tular Di Media Sosial Akan Ikan Koi Dalam Longkang Di Jepun, Ini Sebabnya Mengapa Longkang Di Sana Bersih & Jernih "
Post a Comment