Che Ta Hanya Berikan Saya Duit Sempena Hari Jadi – Zain Saidin


Tanggal 23 Februari lepas, pelakon Zain Saidin telah menyambut hari jadinya yang ke 33. Tentu sekali isterinya Rozita Che Wan mengadakan majlis yang agak eksklusif buat suami tercinta.
Menurut Zain, Che Ta ada memberikan beliau hadiah tetapi dalam bentuk wang ringgit. Namun, Zain sebenarnya tidak mengharapkan isterinya itu melimpahkan kemewahan terhadap dirinya sebaliknya beliau berdoa agar rumah tangga yang dibina dapat kekal sehingga ke jannah.

Tambah Zain, beliau kini lebih mementingkan dan memikirkan hal berkaitan keluarganya berbanding diri sendiri. Pendek kata, beliau kini lebih matang dalam setiap perkara.

Bertuah Che Ta dapat seorang suami yang tidak mahu isterinya melimpahkan dirinya dengan kemewahan meskipun umum mengetahui Che Ta lebih daripada mampu untuk berbuat demikian. Kata orang, keluarga dan kebahagiaan rumah tangga nilainya lebih berharga daripada wang ringgit.
Share to Facebook

0 Response to "Che Ta Hanya Berikan Saya Duit Sempena Hari Jadi – Zain Saidin"

Post a Comment