
Belum reda lagi kes yang memeranjatkan orang ramai apabila seorang wanita memandu melawan arah trafik dalam pengaruh dadah menyebabkan kematian tempoh hari. Terbaru, ada lagi kes pemandu dengan sikap sama berlaku.
China Press memuat naik dua video di Youtube, menunjukkan sebuah Perodua Myvi hitam memandu bertentangan arah trafik dan kemudian berhenti dilorong bertentangan ketika menunggu lampu isyarat disebuah persimpangan.
Dirakamkan di Johor, kes terbaru ini menunjukkan agak mustahil bahawa pemandunya tidak menyedari apa yang sedang dilakukannya. Kereta dilihat menunggu di hentian lampu isyarat berkenaan dalam tempoh yang agak lama, dalam arah bertentangan, dengan aliran trafik yang banyak.
Kereta berkenaan tidak pula cuba untuk memotong barisan dan beralih ke lorong pada arah yang sepatutnya. Beberapa kenderaan lain kedengaran membunyikan hon, tanpa apa-apa rekasi daripada pemandu berkenaan. Dia kemudiannya membelok ke kanan, masih melawan arus, dan meneruskan perjalanan.
Tersilap jalan atau sesat, mungkin. Entah apa yang difikirkan oleh pemandu berkenaan tetapi mengapa dia tidak boleh memperbetulkan laluan mengikut aliran sepatunya tidak dapat difahami.
VIDEO 1:-
VIDEO 2:-
Berhati-hati dan jangan terlalu ikutkan emosi ketika di atas jalan raya. Fikirlah sewarasnya sebelum tindakan kita menyusahkan orang lain.

0 Response to "[VIDEO]Lagi Kes Pandu Lawan Arah Trafik, Tunggu Lampu Merah Di Lorong Salah"
Post a Comment