Mengejutkan!!Budak 11 Tahun Tahu Dirinya Hamil Tetapi.......


KUALA PILAH 5 Ogos – Kanak-kanak berusia 11 tahun yang melahirkan bayi lelaki hari ini tahu yang dia mengandung tetapi merahsiakannya daripada pengetahuan ibu dan rakan-rakan.
Pengerusi Jawatankuasa Ber­tindak Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, kanak-kanak itu yang ditemuinya di wad bersalin Hospital Tuanku Ampuan Najihah di sini berkata, dia sihat dan menganggukkan kepala apabila ditanya keadaannya selepas bersalin.
“Dia (kanak-kanak itu) menganggukkan kepala. Kawan-kawannya tidak tahu yang dia mengandung. Ibunya juga tidak tahu.
“Tetapi dia tahu dan merahsiakannya,“ katanya kepada pemberita selepas melawat kanak-kanak itu.
Katanya, murid darjah lima di sebuah sekolah di Jempol itu merupakan anak sulung daripada tiga beradik dan itu adalah kes paling muda hamil dan melahirkan anak di negeri ini.

“Ketika ini keadaan kanak-kanak itu adalah baik dan bayi yang dilahirkan juga sihat. Ibu kanak-kanak itu masih terkejut dengan apa yang berlaku,'' ujarnya.
Norhayati memberitahu, dia tidak dapat mengumpulkan banyak maklumat mengenai kanak-kanak itu dan ibunya memandangkan mereka masih lagi terkejut.
“Kita nasihatkan kepada ibu dan kanak-kanak itu supaya menerima keadaan itu dan menjaga kesihatan serta bayi berkenaan. Buat masa ini, bayi itu masih lagi dijaga oleh kanak-kanak itu dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan membantu,“ katanya.
Ditanya sama ada kes itu melibatkan jenayah, Norhayati berkata, perkara itu di bawah siasatan polis dan JKM akan memantau perkembangannya.
Difahamkan ibu kanak-kanak itu bekerja sebagai pembantu kedai manakala ayahnya bekerja sebagai pemandu lori.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol oleh lelaki yang dikenalinya.
Bagaimanapun, polis masih belum merekodkan keterangan kanak-kanak terbabit dan ahli keluarganya.
“Kita akan mendapatkan keterangan selepas keadaannya beransur pulih,” katanya.
Sementara itu tinjauan di wad bersalin mendapati kanak-kanak itu masih keletihan dan kini ditempatkan dalam bilik berasingan di wad sama.

Laporan dari Utusan:

Kisah seorang murid sekolah selamat bersalin amat mengemparkan masyarakat, beliau merupakan murid termuda yang bersalin di usia 11 tahun di negara ini.
Ramai yang mencari punca apa kah sebenarnya berlaku pada budak perempuan ini, mengikut sumber budak perempuan ini telah di perkosa oleh orang yang beliau kenali.
Kisah ini bermula apabila seorang murid perempuan berusia 11 tahun tidak pergi ke sekolah di Bahau dekat sini, sejak beberapa hari lalu.
Murid tahun lima itu juga hairan kerana sejak dua tiga hari kebelakangan ini, dia kerap ‘diserang’ sakit perut secara tiba-tiba.
Semasa bangun pagi hari ini, keadaannya tidak beransur pulih malah menjadi lebih teruk.
Tidak tahan dengan ‘kesakitan’ yang dialaminya, dia kemudian memaklumkan kepada ibu, nenek dan bapa saudaranya, sebelum dihantar ke klinik berdekatan.
Sebaik sahaja tiba di sebuah klinik swasta, doktor yang memeriksanya terperanjat apabila mendapati budak perempuan itu rupa-rupanya mengandung dan sudah cukup bulan.
Dengan bantuan doktor tersebut, seorang bayi lelaki dilahirkan secara normal kira-kira pukul 10.15 pagi.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hamzah Alias berkata, semasa tiba di klinik kira-kira pukul 9.15 pagi, doktor yang merawat mengesahkan budak perempuan itu mengandung dan mengalami sakit perut kerana mahu melahirkan anak.
“Doktor memberitahu budak itu terkejut apabila dimaklumkan bahawa dia sebenarnya hamil. Budak perempuan itu nyata tidak tahu mengenai kehamilan sebelum ini.
“Doktor kemudian menghubungi ambulans dari Hospital Jempol untuk membawa mangsa ke hospital namun dia bersalin kira-kira pukul 10.15 pagi di klinik tersebut sebelum ambulans sampai,” ujarnya.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati budak perempuan itu masih bersekolah dan tinggal bersama ibu bapanya di pekan Bahau.
Hamzah berkata, bapa saudara mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Bahau kira-kira pukul 11 pagi.
“Budak perempuan bersama bayinya kemudian dihantar ke Hospital Jempol tetapi dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya.
Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan mangsa telah dirogol oleh lelaki yang dikenalinya.
Bagaimanapun, polis masih belum merekodkan keterangan kanak-kanak terbabit dan ahli keluarganya.
“Kita akan mendapatkan keterangan selepas keadaannya beransur pulih,” katanya.
Beliau berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Share to Facebook

0 Response to "Mengejutkan!!Budak 11 Tahun Tahu Dirinya Hamil Tetapi......."

Post a Comment