39 Berbogel di Pusat Peranginan Ditahan Polis



BENTONG 22 Jan. - Seramai 39 orang lelaki yang berbogel dalam aktiviti sukan di sebuah pusat peranginan di sini semalam telah ditahan polis selepas menerima aduan dari orang awam.

Peserta yang berusia antara 19-23 tahun itu melakukan perbuatan tidak senonoh ketika sedang mengikuti aktiviti dalam kem motvasi yang dianjurkan sebuah syarikat swasta kira-kira jam 6 petang.

Ketua Polis daerah, Superintenden Mohamad Mansor Mohd. Nor berkata, polis telah menahan kesemua mereka bagi membantu mereka.

Menurut beliau lagi, terdapat 39 peserta berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun menyertai kem motivasi berkenaan dan sembilan orang lagi merupakan wakil syarikat yang menyelia program motivasi tersebut.

"Kebanyakan yang ditahan adalah pelajar berusia antara 19 tahun hingga 23 tahun yang dihantar oleh ibu bapa mereka untuk mengikuti kursus motivasi di pusat peranginan berkenaan," katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Menurut Mansor lagi, aktiviti yang mereka jalankan itu dikatakan dikenali sebagai 'All Out'.

Menurut kata ketua penyelia aktiviti, pada jam lebih kurang 5.30 petang semasa berada di permainan, peserta sedang bermain satu permainan yang dinamakan ‘All Out’ di mana para peserta yang sudah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dikehendaki membuat garisan panjang dengan menggunakan alatan yang ada terlekat pada badan peserta.

Semasa permainan ada para peserta mulai menanggalkan pakaian untuk membentuk garisan panjang dan menyebabkan keadaan berlarutan sehingga para peserta mula menanggalkan keseluruhan pakaian di badan mereka dan berbogel,” katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Menurut Mansor lagi, pengurus pusat peranginan ada memaklumkan bahawa pihaknya hanya menyediakan kemudahan seperti makanan, peralatan dan tempat tinggal untuk peserta kem motivasi.

Pihak Resort telah dimaklumkan mengenai tentative program yang akan dijalankan tetapi tidak menyatakan secara spesifik jenis aktiviti yang hendak dijalankan.

Dalam pada itu, beliau berkata sepasukan polis telah memantau kumpulan tersebut  semasa mereka menjalankan aktiviti kumpulan dalam dewan resort tersebut

Pihak kami telah  membuat serbuan dan tangkapan pada jam 12.30 tengah malam tadi semasa kumpulan masing-masing sedang menjalankan aktiviti berkumpulan di resort berkenaan.

Seramai 39 peserta telah ditahan tahun termasuk sembilan wakil syarikat dan fasilitator bagi membantu siasatan di dalam kes ini,” katanya.
Share to Facebook

0 Response to "39 Berbogel di Pusat Peranginan Ditahan Polis"

Post a Comment