Askar-askar cantik Ukraine jadi viral di media sosial

Meet the stunning female soldiers defending Ukraine from Vladimir Putin’s ‘invading’ Russian armies


Gambar menunjukkan seorang askar wanita bertugas di timur Ukraine. – AGENSI
UKRAINE – Sejumlah askar wanita di sini menjadi sensasi di internet selepas beberapa gambar menunjukkan mereka berkhidmat untuk mempertahankan negara di dipaparkan di media sosial baru-baru ini.
Gambar-gambar itu menunjukkan askar wanita berwajah cantik itu lengkap memakai seragam tentera selain bersenjatakan mesingan dan raifal ketika bertugas di timur Ukraine yang dilanda konflik.
Pihak berkuasa kini dikatakan telah memberi kebenaran kepada sebahagian askar wanita untuk mempertahankan tanah air mereka.
Ketika berlaku peperangan yang bermula pada tahun 2014, pihak berkuasa tidak membenarkan askar wanita untuk berperang dan diletakkan di barisan hadapan.
Bagaimanapun, pada Jun tahun ini pihak tentera Ukraine akhirnya membuat keputusan untuk mengubah peraturan lama itu dengan membenarkan askar wanita kini bertugas di beberapa kawasan yang dilanda konflik.
Sebelum ini, bidang tugas mereka hanya meliputi bahagian perubatan, memasak dan kewangan, namun kini pihak pentadbiran telah melantik askar wanita sebagai komander tentera, komander mortar selain penembak tepat dan ditempatkan dalam unit menjejaki musuh. – AGENSI
Share to Facebook

0 Response to "Askar-askar cantik Ukraine jadi viral di media sosial"

Post a Comment