WAJAH TERKINI BEKAS PELAKON DATIN EZURIN | Datin Ezurin Yaacob 
Ini pic lama dia
Ni di bawah pic TERKINI dia 
Dek kerana kerap berada di luar negara, rancangan GLAM mahu merakam wajah Datin Ezurin untuk muka depan asyik tertunda. Jetsetter ini senantiasa bersedia dengan bagasi serta entouragenya, mengembara dunia. Sekejap dia di London menguruskan persekolahan anaknya, kemudian ke Hong Kong untuk parti teman baiknya. 
Tiba-tiba ada di Paris untuk minggu fesyen atau paling tidak sekadar bermalas-malas di vilanya di Bali. An international socialite, itulah yang selayaknya menjadi gelaran. Oh, what a life!
Datin Ezurin Yaacob, 40, pernah sekali menghiasi cover GLAM pada Jun 2008 dan isu tersebut terus menjadi the talk of the town. Mana tidaknya… semua mahu mengintai kehidupan sehari-hari Datin jelita ini. She’s an international socialite. Gaya hidupnya menjadi idaman.
FASHION GODDESS
“I love Stella (McCartney)! Sudah lebih 10 tahun menjadi pelanggan setia dan dia tidak pernah mengecewakan. I was told brocade is going to be huge next year. Stella sendiri yang sarankan, jadi banyak juga helaian brokednya yang saya miliki sekarang.” Obsesnya pada rekaan pereka British itu cukup ketara kerana setiap kali beralih musim, Ezurin pasti akan dilihat menyarung helaian terbaru Stella McCartney.















0 Response to "WAJAH TERKINI BEKAS PELAKON DATIN EZURIN"
Post a Comment