Wanita berusia 22 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri jam 6.30 pagi sebelum polis dan ambulans dimaklumkan untuk tindakan lanjut.
Difahamkan, sebelum kejadian, wanita terbabit dikatakan keluar berhibur bersama rakannya di dua pusat karaoke di sekitar daerah itu sehingga awal pagi.
Mangsa dipercayai mengambil minuman keras sehingga mabuk dan hanya menyedari kejadian dia terbaring di tepi jalan ketika berada di dalam ambulans untuk dihantar ke Hospital Kapit.
Menurutnya, susulan kejadian itu, polis menahan dua lelaki yang masing-masing berusia 23 dan 26 tahun yang juga kenalan mangsa untuk siasatan.
“Kedua-dua suspek ditahan di sekitar bandar daerah ini beberapa jam selepas laporan polis kerana mereka antara individu terakhir dilihat bersama mangsa.
“Berdasarkan siasatan awal, suspek mengakui keluar berhibur bersama mangsa, namun selepas itu mereka mendakwa wanita itu ke sebuah lagi pusat karaoke bersama individu lain,” katanya.
Freedy berkata, setakat ini, polis masih menunggu keterangan daripada mangsa yang masih menerima rawatan di hospital bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
“Dua suspek yang ditahan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) kerana merogol,” katanya.


0 Response to "Terlena separuh bogel"
Post a Comment