JOHOR BAHRU – Enam pesakit yang dirawat di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini mati rentung atas katil masing-masing apabila wad yang terletak di tingkat dua bangunan hospital itu terbakar semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, tiga mangsa yang cedera melibatkan dua daripada lapan jururawat yang bertugas di wad tersebut dan seorang pelatih fisioterapi.
Pesakit-pesakit yang terkorban ialah K. Logeswaran, 20, Choo Lin Fong, 37, Toh Ah Wah, 60, Yusof Hassan, 53, M. Kaliama, 23, dan C. Neeramaladevi, 24. Dua jururawat yang cedera dikenali sebagai Nurul Ain dan Suhaili manakala pelatih fisioterapi yang dikenali sebagai Shafiqah turut cedera.
Kebakaran yang memusnahkan wad ICU di hospital berusia 134 tahun itu amat mencemaskan apabila ratusan pesakit, jururawat, doktor, petugas pentadbiran dan tukang cuci berpusu-pusu menuruni tangga meninggalkan bangunan tersebut.
Jumlah Kematian Makin Meningkat !!! Tak Sanggup Nak Tengok Video Ni Habis Rentung ! Lebih Menyedihkan Kaki Tangan Hospital Pun Terlibat..
Johor Bahru: Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam catatan di Facebook, berkata satu-satunya pesakit yang berjaya diselamatkan dari ICU Hospital Sultanah Aminah (HSA), kini berada dalam keadaan kritikal dan dipindahkan ke Unit Kebakaran, Hospital Sultan Ismail.
"Seramai 10 staf (HSA) terjejas oleh kebakaran itu dengan tiga daripadanya dimasukkan ke ICU di Hospital Sultan Ismail. Tujuh yang lain mengalami kecederaan ringan dan sedang dipantau rapi," katanya.
Menurutnya, taklimat terperinci mengenai kebakaran itu diberikan oleh staf HSA serta pegawai bomba dan polis ketika lawatan menteri, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan beliau ke hospital itu.
“Kebakaran bermula di bilik rawatan di ICU sebelum menjadi tidak terkawal dan merebak ke seluruh ICU," katanya.
Beliau berkata alat penyembur air berfungsi serta merta dan staf hospital cuba mengawal kebakaran dengan alat pemadam api yang ada sebelum pasukan Bomba dan Penyelamat tiba untuk mengawal keadaan.
"Usaha mereka berjaya mengawal api di tingkat itu daripada merebak," katanya.
"Dua daripada jururawat am kami, dan seorang pelajar fisioterapi cuba sebaik mungkin memindahkan pesakit menggunakan alat bantuan pernafasan, dan dalam usaha itu, mereka pengsan akibat terhidu asap tebal.
“Kecekalan dan keberanian mereka yang berusaha menyelamatkan pesakit amat menyentuh hati saya. Saya berbangga dengan mereka dan semua staf yang bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan untuk memindahkan lebih 400 pesakit ke tempat selamat mengikut protokol kebakaran dan bencana," katanya.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata kebakaran yang mengorbankan enam nyawa itu dipercayai bermula di bilik rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum merebak ke seluruh unit berkenaan.
“Kebakaran dipercayai sukar dikawal kerana kehadiran alat bantuan pernafasan mengandungi gas oksigen yang digunakan pesakit di wad ICU menyebabkan api merebak cepat.
"Usaha menyelamat semua pesakit telah dilakukan. Namun disebabkan api merebak terlalu cepat, ada staf bertugas mengalami kesukaran bernafas dan ada yang pengsan disebabkan asap tebal,
“Kami dimaklumkan api merebak cepat dan kepulan asap tebal menyukarkan usaha menyelamat," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Enam yang terkorban dalam kebakaran yang berlaku sebelum 9 pagi hari ini adalah pesakit di ICU. Pesakit ketujuh sempat diselamatkan.
Ditanya sama ada pemeriksaan prosedur keselamatan pernah dilakukan di hospital itu, Dr Subramaniam berkata ia sentiasa dilakukan, malah di kementerian sendiri ada skuad khas memantau perkara berkenaan.
Dr Subramaniam mengucapkan terima kasih kepada anggota bomba yang berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain bangunan dan staf HSA yang bertungkus lumus memindahkan 467 pesakit ke tempat selamat.
Menurutnya, kementeriannya akan menunggu laporan penuh daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat sebelum mengambil tindakan lanjut.
Pada sidang media itu, Dr Subramaniam berharap semua waris dan anggota keluarga mangsa tabah dan diberi kekuatan menghadapi dugaan itu serta mengarahkan kakitangan hospital memberi apa juga bantuan diperlukan keluarga mangsa.
“Sebagai institusi yang menyediakan rawatan kepada pesakit, sudah tentu kami sangat bersedih dengan kejadian ini. Kami meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung punca kebakaran," katanya


0 Response to "Mayat pesakit rentung atas katil"
Post a Comment