Isu gambar di majalah, Priyanka Chopra mohon maaf



NEW DELHI: Pelakon popular Bollywood, Priyanka Chopra memohon maaf kerana gambar muka depan majalah pelancongan mencetuskan kemarahan pengguna media sosial yang menuduhnya tidak peka terhadap nasib pelarian dan pendatang
Bekas Ratu Dunia berusia 34 tahun itu menjadi penghias muka depan majalah Condé Nast Traveller India edisi Oktober dengan memakai baju putih tertera perkataan ‘PELARIAN’, ‘PENDATANG’ dan ‘ORANG LUAR’ yang dipalang dengan warna dan cuma membiarkan perkataan ‘PELANCONG’
Mesej pada bajunya mencetuskan kritikan, dengan pengguna menuduh Chopra memperlekehkan nasib pelarian yang terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing
Chopra, yang dinamakan sebagai antara 100 tokoh paling berpengaruh oleh Majalah Time, dan menjadi duta UNICEF, berkata mesej berkenaan bertujuan menangani isu perkauman dan disalahertikan
"Pengurusan majalah Condé Nast menghasilkan baju ini dan merayu saya memakainya. Mereka mahu menangani isu xenofobia yang menjadi isu besar sekarang
"Itu sebenarnya idea mereka dan saya tertarik. Saya memohon maaf mengenai hakikat ada pihak terluka. Niat asal majalah itu sebenarnya sesuatu yang baik," katanya dalam temubual dengan NDTV
Sementara majalah terbabit, berkata dalam kenyataan mesej bertujuan mencabar stereotype dan bagaimana melabel orang lain sebagai pendatang, pelarian dan orang luar mencetuskan budaya xenofobia

Share to Facebook

0 Response to "Isu gambar di majalah, Priyanka Chopra mohon maaf"

Post a Comment